KL-Jakarta: Tiada kasih yang hilang

(Published in Sinar Harian & edited by Eskapisminda).

PENULIS TIDAK PERNAH terlintas untuk berkunjung ke Jakarta yang terkenal dengan kesesakan lalulintas yang tegar – “macet”– kata penduduk kota itu. Hati juga tidak pernah teruja untuk berbelanja habis-habisan di syurga membeli-belah Indonesia: Tanah Abang dan Kota Bandung. Lain pula kisahnya dengan ibu dan ibu mertua penulis, setiap tahun mereka mesti mencari alasan untuk terbang ke Jakarta dan Bandung. Murah, kata mereka.

Namun apabila terkenangkan puputan ombak Lautan Hindi tatkala pesawat terbang rendah untuk mendarat di landasan lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar, hati jadi tidak keruan. Persis kekasih yang sedang kasmaran!

Dinobat sebagai “Island of God” oleh pengembara berpengalaman, Bali juga menjadi rumah kepada ribuan insan kreatif dari seantero Asia Tenggara. Lukisan dan kraftangan yang dipamerkan di Pasar Ubud bukan calang-calang nilai seninya. Di sini juga tempat ratusan penulis dunia berkumpul setahun sekali ketika Festival Penulis & Pembaca Ubud diadakan. Di mata penulis, Ubud mirip syurga insan seni Eropah di Tebing Kiri Sungai Seine, Paris.

Begitu juga apabila penulis teringatkan kota pelabuhan Padang, Sumatera Barat. Tempat dipentaskan kisah Siti Nurbaya dan Samsul Bahri; ketulusan cinta mereka telah didalangi oleh Dato’ Marringih. Siti Nurbaya, novel klasik karya pena Marah Roesli itu telah mengangkat martabat sastera bahasa Melayu di persada dunia apabila ianya turut diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia.

Padang juga hanya beberapa jam jaraknya jika berkereta untuk sampai di Bukit Tinggi, tanah asal susur-galur adat Minangkabau; juga tempat lahir ikon-ikon sastera Melayu klasik seperti Pak Hamka, Ali Akbar Nais dan Abdul Moies.

Sesungguhnya daerah Padang dan Pulau Bali adalah anugerah tuhan kepada Indonesia. Kepingin sekali ingin terus tinggal saja di sana untuk terus berkarya seni.

Walaupun Malaysia dikurniakan struktur mukabumi dan genggaman ekonomi yang lebih kukuh dari Indonesia, mereka jauh lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan kita dari sudut kemantapan sastera mahupun perkembangan muzik dan seni. Lagu-lagu kontemporari garapan komposer Indonesia juga lebih bagus bunyinya di telinga penulis – maaf ini sekadar pendapat peribadi saya.

Perbezaan di antara Malaysia dan Indonesia tidak terhad kepada ekonomi, batasan geografi dan seni sahaja. Baru-baru ini, dunia sesawang negara – tidak ketinggalan portal sosial seperti Facebook dan Twitter – berantakan dengan isu segelintir rakyat Indonesia  yang ingin ‘mengganyang’ Malaysia; mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Benteng Demokrasi Rakyat” (Bendera).

Api amarah Bendera merebak tanpa kawalan apabila dikipas dengan isu perkahwinan (perceraian?) di antara Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry; isu pembantu-pembantu rumah Indonesia yang didera oleh majikan mereka; isu tarian Pendet yang diakui milik kita oleh sesetengah stesen TV antarabangsa yang tidak cukup membaca dan pertelingkahan hakmilik bertindih kawasan maritim Ambalat.

Penulis sebenarnya tidak ingin membutirkan secara terperinci isu Mohara dan Tengku Temeggung Kelantan, tetapi terlintas di benak saya: kenapa kita pula hendak bergolok-berparang kerana masalah rumahtangga orang lain? Jangan sekali-kali kita lupa bahawa di zaman serba moden  ini cinta boleh dijual-beli, fitrah seseorang boleh dikompromi dengan pelbagai material.

Tidak dinafikan ramai pembantu rumah Indonesia didera majikan mereka, tetapi begitu juga bilangan majikan yang mengeluh tentang pembantu rumah yang tidak cekap, mencuri dan mendera anak-anak mereka. Tidak kurang pula rakyat Indonesia yang ditangkap merompak, menculik dan membolos masuk secara haram ke Malaysia. Dua-dua pun salah, bukan?

Menyentuh tentang isu tarian Pendet itu, eloklah kalau kita lupakan sahaja. Discovery Channel yang bermarkas di Singapura, melalui emelnya kepada Ditrjen Nilai Budaya Seni dan Film (NBSF) Indonesia, mengakui bahawa staf promosi stesen tersebut telah terkhilaf tentang hakmilik asal tarian Pendet tersebut. Mereka juga akan meminta maaf secara langsung kepada Menteri Pariwisata dan Kebudayaan, Jero Wacik. Tidak perlu penulis nyatakan di sini bahawa setiap karya seni adalah harta penciptanya; ianya tidak boleh dipakai sesuka hati tanpa akreditasi yang tepat.

Dan sekiranya diplomasi gagal untuk menyelesaikan isu Ambalat, panahkan sahaja masalah itu kepada The Hague. Kita pernah mengalami pengalaman yang sama dengan Singapura berkenaan dengan Pulau Batu Putih. Kenapa perlu mencaci-cerca sesama sendiri seperti orang tidak bertamadun?

Jakarta pula jangan cepat melatah dengan isu-isu begini. Harus penulis titipkan di sini bahawa jutaan wang ringgit dialir kembali ke Indonesia atas nama pelancongan dan peluang pekerjaan di antara kedua negara. Apabila Indonesia dilanda bencana juga,  kita tidak pernah berlengah untuk menolong dari segi kewangan dan tenaga manusia.

Statistik merangkakan bahawa rakyat Malaysia sekarang sedang berkongsi prasarana tanahair mereka dengan lebih kurang dua juta pekerja haram dan 1.4 juta pekerja berpermit Indonesia yang membanting tulang empat kerat di negara ini, tanpa banyak soal. Bukan niat hendak mendabik dada, tetapi setiap toleransi yang diberi ada batasnya.

Kita ini serumpun: rambut sama hitam, kulit sama coklat, bahasa sama lunak. Dicubit paha kanan, paha kiri terasa. Sedikit sebanyak jangan dikira, kelak ditertawa anak-cucu kita.

Rentetan perkara remeh beginikah yang ingin kita penakan di lembaran sejarah antara Kuala Lumpur dan Jakarta untuk telahan generasi akan datang? Tepuk dada tanya selera.

  • Elviza sering terkenangkan arwah ayah mendendangkan lagu “Bengawan Solo” dengan gitar kapuk. Milik siapa lagu itu? 

War Criminal Conference & Exhibition

Tun Dr. Mahathir’s assistant, Sufi, texted and emailed me the press-release on War Criminal Conference and Exhibition at PWTC from 28 October to 31 October 2009. 

In this cynical world we are living in, it is good, if a little necessary, to get in touch with humanity. War, by any other names, is a theft from hungry children and women. See you there? 

Here’s the press-release, in verbatim: 

PRESS RELEASE FOR THE WAR CRIMINAL CONFERENCE AND EXHIBITION FROM 28TH

OCTOBER TO 31ST OCTOBER 2009.

————————————————————————————————————–

When the United States of America launched its “War on Terror” the

world was divided – some feeling it was justified given the September

11 terror attacks on the US soil. Others were apprehensive and felt

the chill of fear that the very force combatting terror will end up

being the very terror itself.

It has been eight years since the War on Terror was launched and the

visible casualties were Afghanistan and Iraq, both invaded by the US

and its allies.

These invasions, especially on Iraq were justified by the US and its

allies on false premise.

The leaders of the US and Britain lied to their people when they

wanted to rally support from their people, claiming that Iraq was in

possession of Weapons of Mass Destruction (WMDs) which could be

launched and caused devastation to their countries within 45 minutes.

Within a couple of months after the invasion of Iraq, the lies began

unravelling and it was proven that there were never any WMDs and Iraq

was targetted because it was a reservoir of oil.

While Iraq was devastated and Iraqis dead and dying, the perpetrators

continued unabashedly to annihilate the sovereign nation and its

people, torturing prisoners with methods unimagined even by the evil

mind.

It is against this backdrop the Perdana Global Peace Organisation

(PGPO) and Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) is

holding the War Criminal Conference and Exhibition from the 28th of

October to the 31st of October, 2009 at the Putra World Trade Centre

(PWTC).

On the 28th and 29th, the PGPO will be holding a conference which will

see renowned speakers with Tun Dr Mahathir Mohamad delivering the

keynote address on the first day.

Other speakers will include fiery British MP George Galloway, the

indomitable former US Congresswoman Cynthia McKinney, former United

Nations assistant secretary-generals Hans Von Sponeck and Dennis

Halliday and anti-war economist Prof. Michel Chossudovsky.

On the 30th and 31st the War Crimes Commission and Tribunal will be

convened to hear testimonials from victims of torture following the

invasion of Iraq.

Throughout the four days, an exhibition on the carnage of war and

torture committed by the forces which invaded Iraq.

It is hoped that the conference and exhibition will provide greater

insights to the audience the hypocrisy of the perpetrators of the war

who hide behind the cloak of justice and democracy to camouflage their

real intentions.

Those interested can view the profiles of the speakers and other

interesting information pertaining to the event from these websites:

http://www.perdana4peace.org

www.criminalisewar.org

or call Ram at 012 227 0159 or Juana at 0125309693.

Issued by the Perdana Global Peace Organisation (PGPO) on 22 October 2009

Wujudkah Raya di hati mereka?

(Published in Sinar Harian and it was edited by Eskapisminda).

Setiap kali malam tujuh likur datang mengintip Ramadhan, hati penulis meronta untuk pulang menyambut Syawal di negeri kelahiran, Tanah Rendah Sekebun Bunga.

Dan apabila hujan turun di malam-malam terakhir Ramadhan, penulis teringat pesan nenek bahawa hujan di penghujung Ramadhan besar berkatnya. Kemungkinan pintu syurga terbuka luas tatkala lailatul qadar diturunkan. Segala doa yang dipanjatkan di malam seperti itu akan termakbul.

Terbayang-bayang kekalutan nenek mengacip pinang, mengapur sireh dan menggulung tembakau selepas berbuka untuk mengejar isyak dan terawih di surau. Terngiang-ngiang suara Atok bertakbir raya di bening subuh Aidilfitri. Sudah sembilan tahun tidak mendengar suara tulus Atok – sejak beliau pulang ke rahmatullah.

Jauh benar anak seluang ini melaut, kadang-kadang lupa kampung halaman. Alpa mengejar duniawi, kapan tertinggal sesuatu yang fana bernama keluarga. Terkesima melihat dunia, lalu tangkas melupakan asal usul.

Aidilfitri tidak pernah sempurna tanpa memeluk cium Nenda tercinta. Sementelah lagi bila terkenang pengalaman perit beraya di perantauan dahulu, rasanya tidak kepingin lagi hendak ke mana-mana. Bak kata pepatah Inggeris, “home is where the heart is”.

Walaupun rumah nenda sudah tua dan tidak nyaman dengan hawa dingin, bilik air tidak bersinar dengan marmar batu buatan Itali, hati penulis tetap lega apabila sempat berpuasa dua hari bersama keluarga kami yang besar dan heboh.

Dua hari sebelum Syawal tiba, suami penulis telah bersolat Jumaat di masjid tertua Kota Bharu, Masjid Muhammadi. Setiba kembali selepas solat, suami memberitahu ada ramai pengemis dan fakir miskin berkeliaran di kaki masjid.

Dalam hati penulis terdetik: Kalau di Kuala Lumpur tentu sudah diangkut pihak berkuasa. Tidak begitukah di Kelantan? Kerajaan PAS membenarkan pengemis berleluasa di sekitar bandar? Bertubi-tubi kemuskilan timbul di benak penulis.

Setibanya malam raya, setelah hilang kelibat nenek dan pakcik-makcik pergi ke surau untuk bersolat tasbih, penulis mengheret suami memandu kereta di sekitar Masjid Muhammadi dan Tambatan Di Raja. Benar seperti yang kata, walau pun jam sudah lewat sebelas malam, masih ramai pengemis dan fakir miskin berada di bahu jalan.

Bertemankan lensa digital Canon, buku nota buruk, pensil dan sekepuk duit ringgit berwarna hijau penulis menghampiri sekumpulan warga emas wanita di tepi Tambatan Di Raja – niat di hati untuk mengenali mereka dengan lebih rapat sambil bersedekah. Moga- moga rezeki keluarga penulis akan dirahmati Allah – Insya’Allah.

Berlatarbelakangkan sungai Kelantan yang mengalir lesu, mereka bertenggek di sisi jalan meminta bantuan kewangan dan makanan dari penghuni bandar Kota Bharu. Pada awalnya mereka berasa agak terancam apabila melihat lensa kamera penulis.

Mereka bertanya dengan bimbang di hati, “Nak bagi dekat polis ker?” Setelah penulis memberitahu bahawa penulis tidak pernah berinteraksi dengan pihak berkuasa kecuali semasa disaman polis trafik, barulah terbit ketawa kecil di wajah tua mereka. 

Pemecah bicara datang apabila penulis ternampak sekotak rokok kretek buatan Indonesia di tepi bondol kain Makcik Senah:

“Makcik suka hisap rokok gudang ke? Penulis bertanya sambil membelek-belek kotak rokok tersebut.

“Kalau ada orang kasi rokok Benson, makcik lagi suka!” Mak Senah menjawab dengan senyuman yang tampak pahit di mata penulis.

“Eh, makcik tak baik hisap rokok, bahaya untuk kesihatan.” Penulis berceramah tanpa dipinta.

“Nak buat apa lagi? Kalau tak ada makan, rokok pun boleh jadi makanan.” Terkedu penulis mendengar jawapan Makcik Senah. Hidup ini tidak manis untuk sesetengah kita yang kurang bernasib baik.

Setelah setengah jam bercakap dengan Makcik Senah dan kawan-kawan beliau, penulis berkalih arah menghampiri sekumpulan wanita dan lelaki bersama anak-anak mereka. Hancur-luluh hati penulis apabila melihat anak-anak kecil bergelimpangan tidur di atan jalan berturap tar tanpa tilam, hanya beralas batik lepas dan berselimut dengan tuala.

Kebanyakan mereka datang dari wilayah bergolak di Selatan Thailand, Narrathiwat. Mereka datang ke Kota Bharu dengan menumpang lori-lori pembawa bekalan makanan; kadang-kadang mereka berjalan kaki. Kata mereka, tempat tinggal mereka bermandikan darah dan amat susah untuk mencari rezeki dengan selamat dan tenteram.

Orang Kelantan juga, tambah mereka, amat pemurah dan tidak lokek dengan wang ringgit dan beras fitrah.

Satu jam selepas bersama mereka, dan apabila sudah habis not RM5, kaki penulis bergerak mencari suami dan kereta semula. Tidak terkata hiba di hati hingga lidah kelu tanpa suara. Malam itu saya bukan seorang penulis; malam itu saya hanya sekadar umat Tuhan yang kerdil.

Sudah menjadi tanggungjawab kolektif kita untuk meringankan beban umat Islam yang lain tanpa mengira sempadan negara dan batasan masa.

Marilah kita sama-sama menzakatkan pendapatan dan harta.

  • Elviza masih mencari erti diri dan ingin sentiasa berkalam tentang hidup. Semoga dilindungi Yang Maha Esa.

My Obligation

Once in a while a photo like this emerged, renewing my faith deeper, giving me a stern reminder about the pillar of my religion: prayers.

While not being the most pious person on earth, and in chasing my ridiculous ambition – which is often misguided if I’m being honest – I sometimes forsake my duty to God. 

This shot was taken by my brother-in-law, Abang Hafiz, who is working in Doha, Qatar. I stole the photo from his album titled Surfing in Dune; he named the snapshot My Obligation

Abang Hafiz also went to umrah last Ramadhan. While he was at it, he prayed for Ayah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. And I will be the happiest daughter if I could follow Abang Hafiz’s footstep next year, InsyaAllah. 

Court’s Anecdote IV

Last week, all the way from home to court, I was fervently wishing for the #Bendera invasion to happen. I was sure to get trashed in court again (of course by my own fault, but let’s not dwell on self-pity, shall we?), and the only way to save my soul from eternal damnation – that is being scolded in front of the public gallery – was for the invasion to happen.

As the clock ticked on, my hope was fast diminished. Some problems with the boats, #Bendera had to postpone their invasion indeterminately. I was so informed by the devoted tweeples on Twitter. Such was my luck.

As I dragged my feet to face the music at Shah Alam High Court, I did a 180-degree turn remembering that the civil high courts had been shifted to Menara MRCB.

Got into MRCB in no time after terrorising the guard-on-duty with my merciless stare when I parked right beside the lift lobby. Or sue me already!

Lo and behold! I wasn’t going to get thrashed that day. Everybody was so disoriented (read: bloody lost) in the new compound. And the Judge had a part-heard case; she had no time to waste on small cikus like me. *Dancing like a goon!*

What’s worth writing here that hope now beacons onto Shah Alam’s courts: the entire structure and chambers and cases are now digitised. Perhaps we will soon see the end of “files not listed” horror. They are moving on with the technology and I was the happiest lawyer that day.

P/S: In the event that the judge did thrash me last week, you will not read this update. Heh. 

Blog4FT

I was invited to the launching of Blog4FT on the eve of Aidilfitri via e-mail from the Ministry of Federal Territory. Blog4Ft is essentially a writing contest. You have to blog positively (do take note of the adjective, that is if you hope to win) about the three Federal Territories in Malaysia. 

The FT’s minister and his deputy where there at the launching together with bloggers Syed Akbar Ali,  Rocky Bru, Shanghai Stephen and a dear friend, Eskapisminda. Of course representatives from the sponsors were present too. 

Okay, other half’s friend, Bullet, was there too. I think he was among the sponsors. Never had time to clarify that. 

Personally, I think this is a good effort. They ask you to write for a contest and if you win, they’ll give you presents. How can that be bad? Write Away, peeps!

For details on the contest, click HERE

P/S: Macam kenal jer encik yang posing habis nih?