Of Illness & Books

I am tired, grouchy and not in the prime of health. Bouts of flu and few despicable illnesses (not fit for mention here)  came a calling. The good thing about being sick (read: forced to stay in bed instead of gallivanting around town) is that I have time to read. And read all I did last week. 

It was heavenly, I went through The Partisan’s DaughterMerantau Ke Deli in 3 days. I reread To Kill a Mockingbird (still the best book ever written) and The Count of Monte Cristo with a painstakingly slow speed, absorbing every magical word written by Lee and Dumas. 

While I am still at it, this blog will be hushed, probably until the end of December 2009. 

Merry Christmas and Happy New Year. 

Harapan Hijau di Copenhagen

(Published in Sinar Harian, 9 December 2009)

DUNIA ini pinjaman; sudahlah pinjaman, sementara pula sifatnya. Tiada yang kekal; tiada yang maksum. Yang pasti hanya satu: Perubahan pasti berlaku. Walaupun sudah berdentum-dentam dihebohkan dalam media moden dan tradisional perihal iklim dunia yang dikatakan semakin panas, rata-rata kita masih menganggap bahawa itu bukan masalah interim kita. Peduli apa?

Hatta, segelintir kita masih menggunakan beg plastik dan kertas secara liberal, membuang sampah-sarap dari tingkap kereta, menebang pokok dan balak atas nama komersil atau mencemari sumber air semulajadi dengan aktiviti kemanusian.

Kus rasa semangat apabila membaca dan melihat imej Sungai Citarum di laman portal berita Indonesia, The Jakarta Post. Sungai tersebut –  walaupun rupanya lebih mirip tempat pelupusan sampah – telah berjasa membekalkan sumber air kepada 80% penduduk Jakarta. Kos untuk membaikpulih? Kerajaan Indonesia telah meminjam 500 juta dolar dari Asian Development Bank untuk membiayai kerja-kerja merawat air sungai itu. Mahalnya harga kejahilan manusia.

Apa kurangnya sungai dan punca air di Lembah Klang? Walaupun tidak seburuk Sungai Citarum, tetap hambar kualiti dan berbau busuk apabila hujan.

Statistik sains alam sekitar melaporkan bahawa suhu harian kita sekarang lebih panas berbanding dengan 12 tahun lepas; kemarau di benua Afrika semakin buruk dan panjang; paras air lautan dunia meningkat; bongkah-bongkah ais di kutub Antartik dan Artik telah cair dan menipis pada tahap yang membimbangkan. Semua ini berlaku kerana suhu dunia sekarang lebih panas.

Harapan Hijau mati dengan sikap acuh tak acuh kita selama ini.

Berpaksikan isu iklim semasa dunia, di ibukota Denmark, Copenhagen, ketika ini sedang duduk semeja 15,000 delegasi dan 100 pemimpin dunia dari 192 negara perserta untuk menghadiri Persidangan Iklim (Climate Conference) anjuran Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Seperti yang dilaporkan oleh Associated Press, persidangan yang berlangsung dari 7 hingga 18 Disember tersebut, antara lainnya, akan cuba untuk mencapai kata sepakat dalam memantau pengeluaran gas karbon berlebihan yang menjadi petualang utama terhadap kepanasan iklim global. Sistem pengangkutan sahaja telah menyumbang sebanyak 27% pengeluran gas karbon di seluruh dunia.

Harapan Hijau hidup kembali apabila Persidangan Iklim ini bermula.

Lebih mengagumkan apabila di kota London, lebih kurang 50,000 orang berarak untuk mendesak Persidangan Iklim mengambil langkah tegas dengan menandatangai perjanjian rasmi untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon beracun. Berbaju biru dengan cat di muka, mereka berarak menuju ke perkarangan Houses of Parliament untuk berjumpa dengan perdana menteri, Gordon Brown, yang akan menghadiri persidangan tersebut.

Pada malam Sabtu lepas juga, sebuah keretapi yang dicat dengan jalur hijau berlepas merentasi Brussel ke Copenhagen. Gerabak hijau yang membawa 450 perwakilan PBB tersebut membawa mesej tersendiri kepada dunia: pilihlah pengangkutan awan untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon.

Harapan Hijau akan terus hidup jika lebih ramai mengambil inisiatif seperti di London dan Brussel.

Tetapi malangnya di Malaysia, kita tidak mementingkan isu hijau. Fakta ini jelas terbukti apabila tinjauan yang telah dijalankan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad –  The HSBC Climate Confidence Monitor 2009 –  menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih risau tentang penyakit merebak seperti selsema babi, kestabilan ekonomi dunia, isu pengganas (terrorism) dan jenayah picisan harian.

Hakikatnya, kasih sayang dan sikap perihatin terhadap alam sekitar adalah tanggungjawab sejagat; tanggungjawab kolektif setiap insan bertemadun. Pemuliharaan alam sekitar amat getir untuk menjamin kehidupan berkualiti anak cucu kita – juga untuk spesis orang utan di Sepilok, gajah di Chiang Mai, ikan salmon di Kamchatka, harimau bintang di Afrika dan beruang kutub di Artik. Yang paling utama, air yang kita minum dan udara yang kita sedut harus bebas dari rencam ‘racun’ buatan manusia.

Walaupun persidangan di Copenhagen ini tidak layak menjana berita utama di muka hadapan akhbar-akhbar tempatan, kita harus sedar bahawa beban untuk mengekalkan kehijauan dunia tidak sepatutnya dipikul oleh negara-negara peserta United Nations Framework Convention on Climate Change dan Kyoto Protocol sahaja.

Anda juga harus berubah dengan menghidupkan Harapan Hijau di Malaysia.

Walaupun pesanan ini berbentuk retorik dan klise, jangan sekali-kali kita lupa bahawa kita tidak pernah mewarisi alam ini dari nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya dari generasi akan datang. Jadilah insan yang celik isu alam sekitar.

Semoga kita dapat membezakan yang mana hak, yang mana batil. Salam hijau.

Of Love & Far Eastern Economic Review

I was sipping a cup of latte while waiting for friends when jodoh came a calling. Only it wasn’t that simple. The first time I laid eyes on my other half, I was annoyed beyond comprehension with his sexist remark. I was browsing a copy of Far Eastern Economic Review in hand when Jefree and few others were the first to reach Dome KLCC that fateful evening. 

Shortly after being formally introduced to each other, he had this to say: 

“Eh, apa budak perempuan baca magazine macam nih? Bacalah Vogue ke, Cosmo ker !” The statement was followed by cynical laughters from him and his clan. 

Oh, I hated his guts back then; I still hate it at times now. But recently, on November 24th, we celebrated our 5th wedding anniversary. Such is life. 

Postscript: I am mourning the death of Far Eastern Economic Review which will no longer be in publication