Pak Samad Ismail 1925-2008

Suasana malam hambar. Hujan gerimis menyuramkan lagi kediaman Pak Samad Ismail di Seksyen 16, Petaling Jaya. Bayu malam bertiup deras, sejuknya mencengkam hingga ke tulang sumsum. Di sekeliling banglow setingkat ini kelihatan banyak kereta terpinggir di bahu jalan. Para pelawat keluar dan masuk dalam diam. Lelakinya bersongkok manakala si perempuan bertudung litup.

Dua sahabat karib dunia blog, Big Dog dan A Voice, duduk berteduh dari hujan di tepi laman. Senaskah Yassin di tangan masing-masing. Tidak kedengaran degar debat politik mereka seperti selalunya.

Sewaktu melangkah masuk ke perkarangan rumah, Nuraina meyambut kami dengan wajah yang sugul. Pelukan beliau tidak sehangat biasa, suaranya kendur, tidak rancak seperti selalu. Kelibat Maria masih belum kelihatan.

Di ruang tamu, sekujur tubuh ditutup dengan batik lepas: natijah suatu kematian.

Alunan Surah Yassin – penghulu segala surah di dalam Qur’an Al Karim –  lunak kedengaran di telinga, ditambah pula dengan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Rocky dan Hesmel pun turut sama membaca surah tersebut di sisi Pak Samad. Lama sungguh Rocky duduk di sisi arwah.

Sewaktu membaca Surah Yassin, Maria datang dari belakang memeluk kami dengan erat. Kesedihan anak sulung Pak Samad ini terasa sungguh getirnya apabila pelukan beliau kami balas. Husna terkesima seketika, tiada apa yang boleh dikata untuk mengurangkan kesedihan Maria. Mata bundar Kak Azah bengkak merah dengan airmata. Tersekat-sekat suaranya mengulang baca Surah Yassin.

Pak Samad Ismail, gergasi dunia kewartawanan tanah air, sasterawan,  aktivis politik dan bapa kepada sahabat saya, Nuraina dan Maria A. Samad, pulang ke Rahmatullah pada jam 5:58 petang tadi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur. Beliau akan disemadikan di Bukit Kiara selepas sembahyang Jumaat petang esok.

Pak Samad Ismail luar biasa orangnya. Etika kewarwatanan beliau jadi pedoman dunia akhbar. Beliau juga seorang pencatur dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Tinta pena Pak Samad kekal dalam dunia sastera tanah air.

Seperti kata ibu saya, “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Dan nama yang Pak Samad tinggalkan bukan calang-calang nama, kerana hidupnya penuh dengan perjuangan. Al-Fathehah.

*Posting ini ditulis dalam Bahasa Melayu sempena menghormati perjuangan arwah Pak Samad untuk memartabatkan bahasa ibunda*

Obituari Pak Samad Ismail di Malaysiakini. Gambar dicuri dari Rocky’s Bru.

17 thoughts on “Pak Samad Ismail 1925-2008

  1. alfatihah.

    Pak Samad ikon dunia kewartawanan. specially to the new reporters like me. there’s no journo like him anymore now.

    semoga roh Pak Samad dicucuri rahmat Tuhan.

    Dearest,

    I am sure you regard him highly being in the same world and all…

  2. Terkedu hati ini membaca bingkisan mu, Elviza. Tutur kata tersusun santun, amat menyentuh perasaan. Hanya Al-Fatihah dan Surah Yasin yang mampu diungkap atas pemergian Pak Samad yang amat disanjungi. Semoga Allah (swt) menempatkan rohnya dikalangan mereka yang beriman. Amin.

    Dear Kak Puteri,

    Amin to all your do’a…

  3. AlFatihah.
    Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan roh arwah di kalangan para solihin…amin.

    Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali.

    Saya sedih awak, sebab saya tidak dapat mengunjungi kakak kesayangan saya tu di waktu mereka bersedih begini…

    Dear Darling,

    Its okay! You get well yourself first. The rest could wait for you, my sister…

  4. Mish, The BEST obituary in the Malay — strike that — in ANY language that I’ve read so far…

    You did the great man justice, and the honor he rightly deserves.

    Brother Madsalo,

    You are just being biased, that’s all. Am hoping to see you before I leave for Kota Bharu this Raya, would you be in town just on time to?

  5. I am lost for words.

    I was in the hospital since maghrib and had buka puasa with Bang Med, Kak Ton (Maria), Kak Olin, Ena, Azza and Lalin, who was my primary school classmate. When they brought the body home is where I left, to collect dear wife (who is also sixth form classmate to Lalin). I was again later in the night till 2am, hanging out with Rocky and Dato’ Ahmad A Talib.

    May Allah s.w.t. bless his soul. May also Allah s.w.t. give strength to the family, my friends.

    Dear BD,

    Amin to all your do’a. See you soon and you dont be naughty yeah?

  6. Innalillah! Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat arwahnya, mengampunkan semua dosa arwahnya, dan berkenan meletakkan roh arwahnya di kalangan mereka mereka yang solehah.Ameen!

    Sincere condolences too to the immediate family members of arwah Tan Sri Pak Samad.
    Be patient, for at this moment, no matter how painful,the truth is Allah loves arwahnya more than we do.

    In our relatively infantile and much maligned and down-trodden tradition of journalistic endeavour ,Pak Samad had consistently stood out as a solitary ray of light ,shining obstinately and proudly amidst the eternally pervading blackness, offering hope and salvation particularly for those new to the field,whose heart and spirits were still fresh and untainted by any fears, misgivings and preconceptions.

    Dear Higashi San,

    Thank you so much

    And yes, above all, the late Pak Samad was a true nationalist,who wanted this young nation, and we all, to be proud yet humble, free yet unyielding, and confident yet ever-willing to learn.

    Bless!

  7. Elviza,

    Saya tidak pernah kenal Pak Samad, my engineering world makes me out of touch with those linguistically-inclined. I feel so inadequate amongst them.

    But this posting, and in bahasa nonetheless, makes my heart heavy. I gulped my sahur a while ago after reading this.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah to Samad Ismail dan takziah untuk keluarga arwah.

    Your ability to write in your bahasa and english is truly a gift. This is your calling, go for it.

    Dear Hashim Ahmad,

    You are just being generous. Thank you so much.

  8. Puan Elviza,

    I feel your sadness because I know you are closed to the Samad family. Condolences to the rest of the family.

    Great orbituary. One of a kind, but that’s why I fell for you in the first place. Ahhhh…

    Ok ok, I leave you to grieve.🙂

    Dear Kuda Lari,

    Thank you.

  9. Sis Elviza,

    Indah dan sedihnya suasana yang dihuraikan di sini.

    “Hidupnya penuh dgn perjuangan” menyifatkan Pak Samad seorang pahlawan yg gagah berani. Tanpa beliau Malaysia will not be what it’s today.

    His strength of conviction needs no further introduction in bringing about national consciousness against the might of colonialism.

    A trailblazer, he sets the standards of integrity. For this he suffered incarcerations which we owe a debt of gratitude.

    I know you are very close to Kak Ton and Nuraina and share their grief. Pls accept my takziah on their behalf.

    Bro Cheang,

    Thank you so much

  10. I was very touched with your eulogy written on the loss of this great man, the late Pak Samad. My deepest condolences. May his soul rest in peace. And for those who believes in the existence of the next dimension, may his soul be reborn in the heavenly realms.

    Thanks Mei…

  11. Salam Elviza,
    Takziah buat keluarga Pak Samad dan Al Fatihah buat arwah.

    Semoga perginya beliau membawa seribu makna dan ingatan bagi kita yang hidup.

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

    Segal puji bagi Allah , Tuhan semesta alam.

    Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Yang menguasai hari pembalasan. ****
    ( Sesungguhnya dunia ini diserahkan kepada manusia untuk mentadbir dan berurusan di atas nya.
    Manakala akhirat itu adalah hari pembalasan bagi manusia atas segala yang mereka lakukan didunia . Segala amal baik akan dilipatgandakan pahalanya manakala dosa akan dibalas mengikut perbuatannya.
    Maka disitu tidak terdayalah akal dan muslihat manusia dalam mendustakan dan memperlekehkan suruhan Allah. Sesungguhnya kita dijadikan daripada tiada kepada ada, kemudian dimatikan dan seterusnya dihidupkan semula bagi meyempurnakan balasan Allah. Sesungguhnya Dialah yang berkuasa dihari pembalasan dan atas segala urusan )

    Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

    Tunjukanlah kami jalan yag lurus.

    Jalan orang2 yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan mereka yag dimurkai (Yahudi ) dan bukan mereka yang sesat ( Nasrani ).

    Dear Jaff,

    Amin to all your long, thoughtful do’a.

  12. its beautiful, everyone has so many nice things to say about my datuk. thank you.

    Dear Khairina,

    So, you mom is? Lalin is it? Can’t be Kak Azah since she has two boys, can’t be Nina since she’s too young🙂

    Am glad you like this piece. Have a good day, dear.

  13. Pingback: A. Samad Ismail, 24 April 1924-4 Sept 2008 « Asian Correspondent

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s