Talqin di Semenanjung Gaza

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*copyright reserved by the owner of this blog*

Tatkala qalam ini mula bertinta,
Teringat pesan orang-orang tua,
Amarah jangan dilipat dalam rasa,
Kesumat jangan dipagar dalam hati,
Kelak jiwa kelam gelita,
Hati jadi mati.

Tapi Yahudi Israel tidak pernah berpesan-pesan,
Apatah lagi untuk bertuhan,
Kuasa jadi puaka,
Menggelegak di kepala,
Api jadi sembarangan
Nyawa murah melayang-layang

Laknat Tuhan dipeduli jangan,
Beraja di mata, bertakhta di hati,
Di Semenanjung Gaza, ada Talqin untuk Palestin,
Perit derita tidak terperi

Bangunlah Palestin atas nama jihad
Kerana Allah itu amat mengasihi
Kerana Sifat 20 puluh itu  pasti
Kerana Qur’an Al-Karim itu sakti
Kerana wirid dan zikir itu abadi

Doa kami untuk kesejahteraan mu, Palestin.

8 thoughts on “Talqin di Semenanjung Gaza

  1. sayu. cekap.

    harap anda yang penulis sebenar sajak ini, bukan orang lain.

    Dear Anita,

    I thank you very much for reading my blog and supporting my cause. Please be rest assured that I penned the poem myself last night, while nursing my son bouts of flu and sinus attack. I am glad you like it and I hope we remain friends. Thank you once again.

  2. Dear Sis Elviza,

    A magnificent piece. Tears rolled down my cheeks while reading the poem. Let us all pray for our brothers and sisters in Palestin.

  3. Bangunlah Palestine
    Bangunkan kami
    Bangunlah Palestine
    Banunkan Jihad Kami
    Bangunkan Jihad Kami
    Bangunkan Jihad kami yang alpa
    Ambil kami dan ajar jami Jihad
    Bangun Palestine
    Hanya kamu Palestine yang tahu mengajar kami Jihad
    Semua orang sudah mati
    Sementara hati kami belum mati walau hampir mati
    Bangun Palestine
    Bangunkan Jihad kami
    Ambil kami
    Ajar kami mati
    Ajar kami syahid
    Ajar kami Jihad
    Sementara wirid kami masih sejahtera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s