Nota untuk Luqman II

Luqman bintang hati kami,

Hari ini, 3 tahun yang lalu, dalam bilik pembedahan di DSH, Dr. Musa mampir ke sisi kanan Mommy seraya berkata: “Elviza, this is your son.” Detik itu Mommy panjatkan kesyukuran pada Ilahi. Besar sungguh ketentuan Allah s.w.t. 

Kini Luqman sudah bisa bertutur dengan petah. Kadang-kadang Mommy hairan dari mana Luqman belajar ayat- ayat seperti: “Mommy ada masalah? You want to talk about it?” 

Dan bila Luqman tidur, Mommy nampak kaki Luqman sudah besar dan panjang, tidak seperti waktu kamu baru lahir dahulu. Rambut kita sama teksturnya – lebat, lurus dan degil. Tapi rupa paras Luqman persis Papa mu. 

Mommy ingin berpesan supaya Luqman dapat bersahabat dengan agama, berkawan dengan ilmu, bercinta dengan buku dan berkasih dengan tinta. Jika Luqman pilih jalan yang telah selalu dirintis itu, InsyaAllah, Luqman selamat di dunia dan akhirat. 

Selamat Hari Jadi, Luqman. 

Mommy dan Papa sentiasa merestui setiap perjalanan masa depan kamu. Amin, amin, amin… 

p/s: I cried like a fool while writing this. Please forgive me, I am just a silly, sentimental mother. 

15 thoughts on “Nota untuk Luqman II

  1. he actually said ” you want to talk about it?” wow.

    i hope i can raise my kids to be as mature (hahahah bf pon takde sibuk pikir pasal parenting.. ajah.. ajah..), but i’m sure this one’s gonna be a heartbreaker. haish.

    Happy Birthday, sis. Looks like you share the same birthday with your son eh.

  2. Dah balik rumah ni baru terperasan SMS Elviza. Dah pukul 3.30 pagi, takkan nak reply lak.

    Happy birthday to Elviza and Luqman!

    Warmest regard to your hubby. Salam untuk Elviza sekeluarga. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam pemeliharaan dan keampunan Allah Yang Maha Berbelas Kasihan! Amin!

    pak ngah

  3. Salam Luqman.

    Selamat Harijadi buat Luqman . Semuga diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    Dan buat Mommy Luqman, apa yang tersirat dihati mu di hari ulangtahun kelahiran zuriat mu, sesungguhnya Allah jua Maha yang mengerti;betapa dirimu mengharapkan kesejahteraan dan kesempurnaan akan Luqman miliki di bawah lindungan Ilahi:dan dirimu juga sebenarnya amat mensyukuri dan menginsafi;Luqman adalah anugerah Ilahi buat mu .

    Sayang kamu, Elviza!

  4. Selamt Hari Lahir buat Luqman dan Elviza semoga dalam rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah dalam pelayaran mengejar usia. Seperti pelayaran dalam hidup akan ada gelora dan air mata, tapi saya pasti seperti Nakhoa tangkas, Elviza dan Luqman akan berjaya sampai ke pelabuhan damai.

  5. Happy Birthday dearest sister… Semoga perjalanan fana’ ini membawa ke Firdaus…

    Happy Bithday Luqman… Aunty dah jumpa Luke that day…semoga Allah makbulkan doa Mommy Luke…Aunty aminkan di sini… Ya Allah perkenanlah doa sahabat baikku ini… Kau terangi kehidupannya dengan cahayaMu, dgn kasih sayangMu dan dakaplah mereka dalam kasih sayang dan ehsanMu… amin.

    Love y’all dearly.

  6. Dearest Lukman & Mommy Lukman

    Happy Belated Birthday from us………..and happy many returns of the day……..nanny doakan Lukhman dan mommy menjadi insan yang terbaik diantara yang terbaik.

    Love u always.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s