Wujudkah Raya di hati mereka?

(Published in Sinar Harian and it was edited by Eskapisminda).

Setiap kali malam tujuh likur datang mengintip Ramadhan, hati penulis meronta untuk pulang menyambut Syawal di negeri kelahiran, Tanah Rendah Sekebun Bunga.

Dan apabila hujan turun di malam-malam terakhir Ramadhan, penulis teringat pesan nenek bahawa hujan di penghujung Ramadhan besar berkatnya. Kemungkinan pintu syurga terbuka luas tatkala lailatul qadar diturunkan. Segala doa yang dipanjatkan di malam seperti itu akan termakbul.

Terbayang-bayang kekalutan nenek mengacip pinang, mengapur sireh dan menggulung tembakau selepas berbuka untuk mengejar isyak dan terawih di surau. Terngiang-ngiang suara Atok bertakbir raya di bening subuh Aidilfitri. Sudah sembilan tahun tidak mendengar suara tulus Atok – sejak beliau pulang ke rahmatullah.

Jauh benar anak seluang ini melaut, kadang-kadang lupa kampung halaman. Alpa mengejar duniawi, kapan tertinggal sesuatu yang fana bernama keluarga. Terkesima melihat dunia, lalu tangkas melupakan asal usul.

Aidilfitri tidak pernah sempurna tanpa memeluk cium Nenda tercinta. Sementelah lagi bila terkenang pengalaman perit beraya di perantauan dahulu, rasanya tidak kepingin lagi hendak ke mana-mana. Bak kata pepatah Inggeris, “home is where the heart is”.

Walaupun rumah nenda sudah tua dan tidak nyaman dengan hawa dingin, bilik air tidak bersinar dengan marmar batu buatan Itali, hati penulis tetap lega apabila sempat berpuasa dua hari bersama keluarga kami yang besar dan heboh.

Dua hari sebelum Syawal tiba, suami penulis telah bersolat Jumaat di masjid tertua Kota Bharu, Masjid Muhammadi. Setiba kembali selepas solat, suami memberitahu ada ramai pengemis dan fakir miskin berkeliaran di kaki masjid.

Dalam hati penulis terdetik: Kalau di Kuala Lumpur tentu sudah diangkut pihak berkuasa. Tidak begitukah di Kelantan? Kerajaan PAS membenarkan pengemis berleluasa di sekitar bandar? Bertubi-tubi kemuskilan timbul di benak penulis.

Setibanya malam raya, setelah hilang kelibat nenek dan pakcik-makcik pergi ke surau untuk bersolat tasbih, penulis mengheret suami memandu kereta di sekitar Masjid Muhammadi dan Tambatan Di Raja. Benar seperti yang kata, walau pun jam sudah lewat sebelas malam, masih ramai pengemis dan fakir miskin berada di bahu jalan.

Bertemankan lensa digital Canon, buku nota buruk, pensil dan sekepuk duit ringgit berwarna hijau penulis menghampiri sekumpulan warga emas wanita di tepi Tambatan Di Raja – niat di hati untuk mengenali mereka dengan lebih rapat sambil bersedekah. Moga- moga rezeki keluarga penulis akan dirahmati Allah – Insya’Allah.

Berlatarbelakangkan sungai Kelantan yang mengalir lesu, mereka bertenggek di sisi jalan meminta bantuan kewangan dan makanan dari penghuni bandar Kota Bharu. Pada awalnya mereka berasa agak terancam apabila melihat lensa kamera penulis.

Mereka bertanya dengan bimbang di hati, “Nak bagi dekat polis ker?” Setelah penulis memberitahu bahawa penulis tidak pernah berinteraksi dengan pihak berkuasa kecuali semasa disaman polis trafik, barulah terbit ketawa kecil di wajah tua mereka. 

Pemecah bicara datang apabila penulis ternampak sekotak rokok kretek buatan Indonesia di tepi bondol kain Makcik Senah:

“Makcik suka hisap rokok gudang ke? Penulis bertanya sambil membelek-belek kotak rokok tersebut.

“Kalau ada orang kasi rokok Benson, makcik lagi suka!” Mak Senah menjawab dengan senyuman yang tampak pahit di mata penulis.

“Eh, makcik tak baik hisap rokok, bahaya untuk kesihatan.” Penulis berceramah tanpa dipinta.

“Nak buat apa lagi? Kalau tak ada makan, rokok pun boleh jadi makanan.” Terkedu penulis mendengar jawapan Makcik Senah. Hidup ini tidak manis untuk sesetengah kita yang kurang bernasib baik.

Setelah setengah jam bercakap dengan Makcik Senah dan kawan-kawan beliau, penulis berkalih arah menghampiri sekumpulan wanita dan lelaki bersama anak-anak mereka. Hancur-luluh hati penulis apabila melihat anak-anak kecil bergelimpangan tidur di atan jalan berturap tar tanpa tilam, hanya beralas batik lepas dan berselimut dengan tuala.

Kebanyakan mereka datang dari wilayah bergolak di Selatan Thailand, Narrathiwat. Mereka datang ke Kota Bharu dengan menumpang lori-lori pembawa bekalan makanan; kadang-kadang mereka berjalan kaki. Kata mereka, tempat tinggal mereka bermandikan darah dan amat susah untuk mencari rezeki dengan selamat dan tenteram.

Orang Kelantan juga, tambah mereka, amat pemurah dan tidak lokek dengan wang ringgit dan beras fitrah.

Satu jam selepas bersama mereka, dan apabila sudah habis not RM5, kaki penulis bergerak mencari suami dan kereta semula. Tidak terkata hiba di hati hingga lidah kelu tanpa suara. Malam itu saya bukan seorang penulis; malam itu saya hanya sekadar umat Tuhan yang kerdil.

Sudah menjadi tanggungjawab kolektif kita untuk meringankan beban umat Islam yang lain tanpa mengira sempadan negara dan batasan masa.

Marilah kita sama-sama menzakatkan pendapatan dan harta.

  • Elviza masih mencari erti diri dan ingin sentiasa berkalam tentang hidup. Semoga dilindungi Yang Maha Esa.

14 thoughts on “Wujudkah Raya di hati mereka?

  1. Terkesima melihat dunia, lalu tangkas melupakan asal usul—–> saya juga begitu, terlalu taksub dengan diri sendiri sampai ‘culah’ nak berjumpa keluarga tersayang.

    atleast kita masih sedar dan tahu tanggung jawab kan…:D

    Alqatariah,

    “Culah” is the most apt verb to describe it lah. Dalam hati teringat, tapi selalu susah benar nak balik, macam2 timbul.

  2. This is quintessentially Elviza – tugging at your heart string.

    Prof,

    Haven’t seen you here for quite sometimes. As always, you are just too generous with compliments.

  3. M’ammm,

    Will you marry me? If not just write me a letter won’t you?

    Can I copy this on my blog?

    Anonymous,

    I don’t normally say “yes” to proposals forwarded by anonymous person. But kind I just be rude and say “no” to your kind request since I already said “yes” once to this kind of proposal? LOL

    Ah, all in good jest, hey? Go ahead and help yourself with the posting. Glad you like it.

  4. Kak, I thought you’re from K Krai? How come you can still roam about KB time male rayo? Ko your family moved to KB doh now?

    Anyway, I’ll be grateful if you can help link a blog dedicated to help a Muslim Cambodian medical student.

    Thanks a zillion Kak!

    http://makerolyadoctor.blogspot.com

    Dek,

    I was born and raised in Kuala Krai but we have since moved back to my mother’s kampung in Pasir Mas. So that explains me roaming the streets of KB at godforsaken hour of Malam Raya. So irresponsible! What do you need me to do? Link it on the widget or do a posting on it?

  5. Michele,
    this article made me missed my arwah wae (my dad). he did the same also. pergi masjid besar and sedekah, tagging us along –
    great article.

    Hi Kak Teh,

    Glad to remind you of your Wae. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

  6. thanks for mentioning that they’re from Southern Thai. seem that some quarters use their pictures for political milage, i.e. to show how poor the kelantanese are, under the current administration.

    p.s. i like this sentence from one of the comments > “Ko your family moved to KB doh now?” hahaha

    Anon,
    I tried to put everything in the contents, cuma kadang2 tak berapa jelas sebab ada word-limit. Heh, alasan!

  7. Wow… Sungguh menyayat hati di hari Isnin ini..
    May Allah bless them and you, for educating us on their plight.
    Now my problems seem so small…😦

    Percicilan,

    Life’s like that lah… Its not educating, to me, it is just sharing.

  8. A link on the widget would do but if you don’t mind a short post would be wonderful. (I’m sure it will take you less than 5 minutes to scribble something about it!)

    I can’t thank you enough =)

    p/s: Miss (Mr?) anon : hehehehe…

    Dearest,

    I’ll do so as soon as possible. I promised Sufi to put up something on the War Conference going on in PWTC as we speak. Also my piece at Sinar Harian needs to be here too. Will do yours next week. So sorry for the inconvenience.

  9. Bingkisan penulisan yang hebat.

    Of course racist morons like Utusan Malaysia or Beritah Harian would never notice this blogger who writes direct from her heart. As I long suspected, the young but brave newspaper like Sinar Harian snatched her.

    Well done Saudari Elviza. Your parents have raised you well and extra-ordinarily so.

    Malaysia needs more like you who does not write for money and fame but for the love of the craft. What day is your column in Sinar? Never mind I will just subscribe for it.

    Ariffin,

    I am not sure I deserve all the good words you write here, but I am flattered. Thank you so much.

  10. Minah, you wrote…..

    “Jauh benar anak seluang ini melaut, kadang-kadang lupa kampung halaman. Alpa mengejar duniawi, kapan tertinggal sesuatu yang fana bernama keluarga. Terkesima melihat dunia, lalu tangkas melupakan asal usul.”

    Pergggghhhhh, tahan siut…. rasa nak balik peluk mak aku sekarang jugak! Tulih lah lagi macamni, bosan kat ofis nih.. as u know aku kan makan gaji buta. LOL LOL LOL LOL LOL

    p/s; your books, I have it in my car. Bila nak ambik ni?

    Aku,

    Ala… kata nak hantar kat rumah. Uselessnya engkau pompuan…

  11. Elviza,
    This makes me cry. Why are we Muslims so uncaring and selfish? What are our priorities? Our personal salvation or the well-being of those who need our help? Like you, I sometimes neglect my religious obligations but help me God, I strive my never-ending best with what little I have, to give to those who are not as blessed as I am.

    I have this to ask. What are the religious authorities doing to help these poor souls who are at the very doorstep of the Mesjid? In England, a kaffir country, they would transfer them to a centre for the homeless where their needs can be processed. Especially when these are women and children.

    Maznoor,

    My father used to say, the seed of charity cannot be forced on one’s soul. Compassion must first be present. And don’t get me started on authority and good-governance. LOL.

    As I said, that night I was not a writer, neither was I anything else. Felt so small and blessed.

    Postscript: Am so flattered you left a comment here, I forced the other half to read it. Heh.

  12. Michelle;
    Sejak lebih setahun merantau di negara Arab ni, saya lihat cara hidup mereka yg serba serbi mewah- tinggal dirumah besar bak istana, kereta berbagai2 jenama (porshe, lamborgini & ferrari hari2 boleh jumpa on the road), makan sampai membazir etc. Tapi di rantau lain, masih ramai lagi umat Islam yg hidup fakir & dhaif.- tiada rumah, tidur atas jalan & makan harap org sedekah. Sedih dgn fenomena ni.

    I agree with you statement in the last 2 paragraph of your article. Thanks for sharing.

  13. Pingback: Jutawan Iklan Percuma – Hyprobulksms – Lihat Bukti Income » Blog Archive » Wujudkah Raya di hati mereka? « Write Away

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s