Penjara Pudu: Kejahilan kita dalam memperkasa sejarah

(Published in Sinar Harian on November 4, 2009)

Apabila tiba tarikh istimewa atau cuti umum, penulis bersama keluarga selalu duduk bersantai sambil makan-makan di restoran Big Apple, di tingkat 14, Menara Berjaya Times Square. Tiada apa yang istimewa di lantai 14 itu. Makanan dari dapur hotel lazimnya sama sahaja walau di mana lokasi kita di peta dunia.

Tetapi apa yang sering mencuri perhatian penulis adalah pemandangan yang polos di sebelah kiri dinding kaca hotel: Penjara Pudu. Persis bentuk kupu-kupu malam di tengah kota kosmopolitan Kuala Lumpur, penjara tua ini dilukis oleh jurutera Jabatan Kerja Raya, Charles Edwin Spooner, dan  telah siap dibangunkan dalam tahun 1895 dengan kos sebanyak RM138,000.00.

Berusia 104 tahun, penulis percaya, bukan sedikit lipatan peristiwa yang tersimpan di dada penjara yang asalnya dilakar mengikut bentuk salib St Andrew itu.

Sewaktu zaman penjajah dahulu, banduan yang telah disabitkan bersalah menentang kerajaan British, akan digantung atau ditembak mati, dan terus sahaja ditanam di tapak Penjara Pudu agar berita pelaksanaan tidak keluar dari dinding penjara.

Setakat tahun 1993, Penjara Pudu telah menyaksikan hukuman gantung sampai mati ke atas lebih kurang 180 penjenayah termasuk Botak Chin dan dua pengedar dadah berbangsa Australia: Brian Chambers and Kevin Barlows.

Tetapi bukan itu yang penulis cari; kepingin benar di hati ingin tahu kehidupan dan suka-duka banduan-banduan yang pernah tinggal di tapak dinding batu berkerawat dawai tersebut.

Semasa penjara ini dibuka kepada umum sekitar tahun 1997, apa yang penulis ingat sehingga ke hari ini, adalah mural-mural indah yang dilukis oleh banduan di permukaan dinding penjara. Kebanyakan pintu dan jendela penjara, termasuk engselnya, masih kekal sepertimana bentuk asal ianya dibina. Penjara Pudu telah menarik lebih setengah juta pelawat setahun. Malangnya, penjara ini kembali ditutup dan usaha untuk membaikpulih telah diberhentikan kerana kegawatan ekonomi di lewat 90-an.

Seorang rakan penulis yang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia telah menceritakan, terdapat sebuah lukisan potret wanita di penjara itu yang akan  “menangis” apabila hari penggangtungan seseorang banduan itu semakin hampir. Potret itu asalnya dilukis oleh banduan yang juga menginap di lorong maut Penjara Pudu. Walaupun meremang bulu tengkuk mendengarnya, penulis tetap meragui kebenaran cerita itu.

Sungguh ironik sekali apabila sekarang tiba pula giliran Penjara Pudu untuk “dihukum gantung sampai mati”. Dalam kerakusan kita mengejar kemodenan dan memberi ruang untuk perkembangan perniagaan, Penjara Pudu ketika ini sedang disodok traktor dan diratakan permukaannya. Pemilik tanah, UDA Holdings Berhad, khabarnya ingin membina kompleks membeli-belah dan pusat hiburan di atas tapak bersejarah tersebut. 

Jelek sekali penulis membayangkan apa yang akan terbina di masa hadapan; sebak mengenangkan mural-mural dan lukisan cantik di dinding penjara yang akan lenyap ditelan pembangunan. Sewaktu negara lain berusaha gigih untuk mendaftarkan tempat bersejarah negara mereka sebagai World Heritage Site di mata Unesco, kita dengan angkuh dan sombong terus memadam sejarah gargantuan negara. Kononnya atas nama pembangunan. Jahil sungguh!

Perangai tidak sensitif sejarah ini bukanlah penyakit baru. Di sekitar tahun 1984,  sewaktu penulis sedang membesar di daerah Kuala Krai, pihak berkuasa tempatan telah menukar nama Tangga Bradley kepada suatu nama yang amat klinikal dan kurang makna seperti, “Tangga Krai”.

Adakah dengan memadamkan nama penjajah kita bisa melupakan hakikat bahawa kita pernah dijajah?

Sejarah adalah panduan, bukan garapan cerita dongeng penglipurlara yang lunak kedengaran di telinga. Ianya harus dititip dari generasi ke generasi supaya identiti kita di mata dunia jelas dan tidak boleh disangkal lagi.

Lihat sahaja Itali. Dalam usaha membaikpulih dan mengekalkan keunikan kota Venice – yang juga digelar “Bride of the Sea” atau “City of Bridges” itu – telah membelanjakan berbilion Euro untuk memastikan sejarah bangunan dan sistem pengairan Venice tidak luput dikekang masa. Banyak pengajaran yang boleh kita adaptasikan dari usaha negara-negara lain dalam memulihara sejarah mereka. 

Bertitiktolak dari penamaan semula Tangga Bradley sehinggalah ke penghapusan Penjara Pudu, penulis cukup terkilan dengan keputusan pihak berkuasa dan pemaju tanah. Tetapi suara saya kecil, tiada berkudrat untuk menghalang jentolak dari memadamkan sejarah Penjara Pudu.

Tanah Malaysia ini tanah keramat. Bukan sedikit darah yang tumpah untuk membina bangsa merdeka dan berdaulat. Baru 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita sudah lalai dengan sejarah Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan tua di sekitar bandaraya.

Apa yang tinggal untuk kita ceritakan kepada anak cucu kita?

14 thoughts on “Penjara Pudu: Kejahilan kita dalam memperkasa sejarah

  1. Apa ada dengan Penjara? Mungkin itu persoalannya. Aku beruntung pernah melawat tapak sejarah ini (ya, termasuk lorong akhir itu!). Membesar di kota Kuala Lumpur, aku paling sedih bila padang-padang tempat kami bermain “police sentry” , bolasepak dan layang-layang menjadi tapak-tapak bangunan. Ya, kita negara membangun – namun dalam mahu mengukir sejarah baru, perlukah kita memadam sejarah lepas? Mungkin ada kena mengena dengan kos barangkali. Mungkin ada kena mengena dengan ketamakan.

  2. yaa.. saya juga sedih kerana saya sayangkan sejarah bangsa
    saya sedih setiap kali melihat bangunan2 lama di seluruh Malaya hilang satu persatu.. di KL sendiri tinggal berapa? kalau adapun jadi sarang penagih.. apa jadi dgn gopeng, kampar? stesen keretapi? cuma lokasi penggambaran cerita seram?

  3. I suggest that the whole area where the Pudu Prison is and the adjacent lands [Stadium Negara] be turn into a green lungs for the city. Leave a part of the prison as a piece of our history. Take care.

  4. Elviza,

    Terbaca entry ini bila menziarahi blog Pak Payne…tak sangka..dan ingin saya kongsikan bahawa saya adalah salah seorang yang pernah menghuni Penjara Pudu pada 26hb-28hb Januari 2008…siapa sangka, bersama kira-kira 44 orang yang lain…ditahan reman kerana menyertai perhimpunan aman pemprotes harga minyak.

    Memang saya sendiri ingatkan penjara pudu sudah tidak punya penghuni, namun di hari kami disumbat ke dalam lokap baru kami tahu bahawa penjara tersebut masih menyimpan penghuninya…saya ada menulis mengenai pengalaman tersebut.

    Tentang cerita potret wanita menangis, memang kami turut diceritakan oleh warden di sana, dan biliknya betul-betul di sel hadapan sel kami. Warden telah mempelawa kami masuk ke dalm sel tersebut, kawan-kawan lain ikut tapi saya mengelak…di sebelah malamnya kami memohon ehsan dari warden untuk tidak tidur di dalam sel kami sebaliknya memohon tidur di ruang legar namun masih lagi dalam kawasan sel2 yg banyak…sungguh banyak pengalaman yang dikutip…yang menjadi mutiara dalam kehidupan saya dan kita semua….

  5. Elviza,

    A nation without a heritage is like a person without a soul.Civilisations are identified by their artefacts and
    structures, each able to silently expound the culture, beliefs,
    philosophy(the list is endless) of that particular era in time.
    And it takes just a series of repeated blows of that pulverising
    sledgehammer to consign into permanent oblivion an invaluable evidence
    of our history, such as the Pudu prison, all in the name of greed,
    which virtually has no end, unless reigned in by supreme political
    will.

    I weep silently and endlessly for my country, which seems to place political expediency and profit considerations above everything else,
    in the pecking order of priorities.Do we want to be like Singapore,
    which my foreign business acquaintance so aptly describes as” a nation with no soul?”

    I rest my case(Sigh!)

    Aside: Carrying on from MB`s, no more of that “Ma`am” address from me from hereon, ok?My apologies!

  6. Dear Elviza,

    I have recently started a facebook group purely to document and pay appreciation to the extraordinary wall mural of the prison. Please do join. As small group of photographers have also starred a book called Silent Wall which documents every panel of the mural for future generations, due to the imminent demolition of the structure. There’s a planned Mural Appreciation meet next Sat am just to get close and examine the paintings.

    http://www.facebook.com/group.php?gid=154410922297

  7. Walaupun saya masih lagi belum menjejak ke penjara Pudu tapi penjara Pudu inilah salah satu warisan negara yang sangat bernilai harganya. Kenapa mahu membina pusat membeli-belah dan pusat hiburan?. Adakah masih tidak cukup lagi apa yang ada dibumi Malaysia ini. Kita cuba bayangkan jika semua bangunan sejarah di Malaysia dirakuskan maka apa anak-anak cucu kita mahu lihat benda yang tiada lagi di permukaan bumi ini…

  8. Saya dengan dari Bandar Mukah,Sarawak pun sekata dengan mereka yang lain yakni tidak 100% setuju penjara pudu untuk dirobohkan.Ini kerana ia adalah warisan sejarah khasnya buat generasi yang akan datang apa lagi Tahun 2020,seandainya sekadar dibaca dari buku-buku sejarah sememangnya langsung tidak memberi kesan yang mendalam 100% buat generasi saat itu kelak.Kita yang terlalu bangga untuk mempermodenkan KL sampaikan terlupa bahan sejarah terus dilupuskan&dihancurkan, lupakah kita dimana ekonomi negara malaysia juga maju lantaran ramainya jutaan pelancung dalam setahun,sedangkan nilai wang dapat dicari&lupakah kita nilai keuntungan melalui runtuhnya penjara pudu dapat pupus dengan cepat lantaran nilai harga barang kini sangat tinggi.”APA NAK JADI DENGAN KITA????????” nanti menyesal!!!!!!!!!!

  9. patutnya penjara pudu tu biar dibaikpulih bagi elok.
    buat muzium ke apa.
    bangunan lama tuuuuuuu.
    rasa sayang sangat bila nak dihapuskan.
    pelik sungguh pemikiran orang sekarang neh.
    hmmmmm.

  10. aku p0n xstuju pnjara pudu dir0b0hkn.. sbb aku rse 2 bgunan brsjrah yg harus kite pelihara.. bntuk bgunan nyer sungguh unik.. pt0t nyer phak krjaan wt la muzium ker.. nih x bgunan lame di biar usang tnpe pnghuni..

  11. nape msti drobohkan … sejarah kan mlambangkan sesuatu negara.. walau seburuk mana sejarah tu …. tanpa sejarah sape la kita … apa pasai dorang nak robohkan … esok lusa generasi akan datang nak tahu pasal penjara pudu…. cm ne nk prove kn ??????

  12. tak baik kite lupakan benda bersejarah dalam hidop.aku pena tgok pnjara pudu .tapi dlm mmpi.bertapa indahnya sejarah yng kia kite lupakan.kenapa pnjara pudu msti dirbhkan?apa celop tok nak lupakan benda bersejarah tu!!! huhuh

  13. aku pun pernah gi pnjara pudu u tapi aku sesat .aku sokong ayat jiwang kau tu .tapi apa kan daya pjara tu dah dirbhka .sedih gila ;aku dah lah tak tahu tentang sejarah yang ada kat pnjara pudu u …………hu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s