Teater & Filem Melayu: Antara tabu dan kreativiti

(Published in Sinar Harian on 25 November 2009)

SERINGKALI apabila usul guaman mula meletihkan minda, penulis akan mengemas apa sahaja yang berselerak di depan mata. Minggu lepas, penulis membuka kembali kotak tua berwarna biru, bercap ‘Waterstone’ yang sarat dengan sawang. Kotak itu menyimpan memorabilia yang dikumpul penulis bermula dari saat pertama penulis jatuh cinta dengan dunia seni dan kesusasteraan.

Dua kaki tiket teater Matic menggamit perhatian penulis. Pementasan teater Hulu Melaka itu telah ditulis dan dilakonkan oleh pengarah ikonik, Dato’ Rahim Razali, dalam pertengahan 90an. Masih terbayang watak Aida Rahim yang manis berkurung pesak di samping Dato’ Rahim. Bersama mereka menggegarkan semula pentas dengan perjuangan hulubalang Melaka.

Sentuhan keramat tinta Dato’ Rahim juga telah melahirkan filem-filem yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas: Abang (1981), Matinya Seorang Patriot (1984) dan Tsu-Feh Sofiah (1986). Siapa yang boleh lupa adegan bertikam lidah antara Fuad Din dan adik lelakinya, Farid Din, yang mabuk ketika itu? Lenggok bahasa dan intonasi pelakon sahaja sudah cukup untuk membuktikan suatu penulisan skrip yang bukan sahaja matang, tetapi juga mengandungi elemen kreativiti mantap.

Walaupun nukilan awal Dato’ Rahim banyak berpaksikan isu-isu tabu – pertukaran agama; konflik keluarga melayu dalam kancah penyalahgunaan alkohol dan pergaulan bebas – ianya tetap relevan sehingga ke hari ini.

Malangnya, filem atau teater sarat mesej begini semakin kurang ditayangkan di Malaysia. Penulis bukan seorang yang arif untuk menkritik industri perfileman dan teater tanahair, tetapi hati cukup terkilan apabila melihat cuma filem-filem tahyul dan hiburan picisan yang mampu menarik penonton ke panggung wayang.

Apa yang lebih meralatkan penulis apabila pada tahun 2006, filem dokumentari dan semi-muzikal karya Amir Muhammad, Lelaki Komunis Terakhir, telah menerima ‘ajal’ sebelum ditayangkan di layar perak. Walaupun asalnya filem ini telah diberi rating “U” (Untuk Tontonan Umum) oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Amir dan produser Red Films telah ‘dihukum’ oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila filem itu tidak dibenar-tayang atas alasan kononnya “umum telah membantah”.

Sudah tentu Amir, FINAS, LPF, KDN hatta masyarakat sejagat sudah lama maklum bahawa isu komunisme adalah isu yang tabu. Tetapi tidak bolehkah kita mengenepikan sensitiviti untuk memberi ruang kepada sejarah dan pengetahuan umum?

Amir Muhamad dalam catatan beliau di laman blog, Komunis & Kampung, secara terbuka mengatakan bahawa dokumentari tersebut difilemkan setelah menimbangtara sensitiviti masyarakat terhadap isu komunisme. Dan nama Chin Peng pun hanya disebut sekali sahaja disebut.

Di mata penulis – walaupun dikekang peluang untuk menonton filem dokumentari itu – tidak pernah timbul isu Amir mengagungkan komunisme atau Chin Peng; di mata penulis Amir adalah seorang yang peka sejarah malahan berani pula berkonfrantasi dengan isu yang selalu kita elak.

Namun tidak semuanya gelap dalam dunia filem mahupun teater. Penulis bangga dengan filem Pisau Cukur, walaupun bersifat kontemporari dalam genre komedi, ianya menyelitkan unsur-unsur ‘penyakit’ zaman sekarang: materialisme, hak wanita dan poligami. Juga ada khabar bertiup kencang bahawa Erma Fatima akan mengarahkan teater Natrah di Istana Budaya pada hujung November ini. Tidak sabar rasanya untuk menonton isu agama dan perubatan hak penjagaan yang pernah mengoyahkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda.

Jalan yang tidak selalu dirintis ini perlu diberi nafas semula oleh semua pihak, baik kerajaan, awam mahupun swasta. Kita perlu buktikan bahawa bukan Karnival Sure Heboh sahaja yang mampu meraih jutaan pengujung, apa kurang teater dan filem bermesej garapan orang kita?

Pihak berkuasa pula jangan mengambil sikap seperti berniaga buluh kasap; hujung hilang pangkal lesap! Cukup-cukup lah perangai menyapu sejarah ke bawah tikar dan menyekat kreativiti insan seni yang tidak berasas itu.

Filem atau taeter adalah medium hiburan dan pengajaran kepada umum. Yakinlah bahawa orang kita sudah matang; sudah mampu menilai yang mana kaca, yang mana permata. 

  • Elviza berbangga dengan rakan seni beliau, Intan Suzana Ahmad, yang menang dalam pertandingan menulis skrip yang dianjurkan FINAS baru-baru ini.

2 thoughts on “Teater & Filem Melayu: Antara tabu dan kreativiti

  1. Elviza,
    Tetapi filem terakhir Yasmin, Talentime tidak mendapat sambutan. Mengapa agaknya, sedangkan filem tersebut menyampaikan pelbagai mesej kepada masyarakat dan saya anggap antara filem tempatan yang terbaik. Namun masyarakat lebih gemar menonton filem hantu dan komedi slapstick. Saperti saudari, saya juga menunggu drama Natrah dan berharap Erma akan mempersembahkan pementasan yang terbaik. Sukar untuk menandingi Rahim Razali dan Mustapha Nor.
    Malang sekali usaha Amir tidak dapat ditontoni begitu juga usaha pengarah filem muda yang lain. Kalau ditayang dipawagam pun mungkin mengalami nasib saperti Talentime…Bilalah masyarakat kita berupaya membezakan batu dengan berlian.

  2. Daripada penelitian mum.karya Ramlee Awang Murshid ‘A.D.A.M’ boleh diketengahkan untuk mini siri buat pemulaan.

    Aku rasa citarasanya baik bagi dialaf in.kalo dibandingkan dengan Gerak Khas.agak kaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s