Filem Santau: Rengsa kreativiti dan hambar

Published in Sinar Harian on January 6, 2009) 

DI SAMPING menulis ulasan buku, saya juga kepingin untuk berkata sepatah-dua mengenai industri perfileman negara. Dekad yang lepas telah memberi nafas baru kepada industri itu dengan lahirnya karya-karya mantap seperti Anak Halal, Cinta, Buli, Jangan Pandang Belakang, Papadom, Gol & Gincu, Budak Kelantan dan Kami.

Langit filem kita juga bersinar cerah dengan filem-filem tulisan dan arahan Yasmin Ahmad seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Mualaf dan Talentime. Tetapi Yasmin bintang istimewa, satu dalam sejuta. Bayangkan, jika menonton iklan Petronas ciptaan beliau sahaja boleh menitiskan airmata kita, apatah lagi bila menghayati cerita yang mendera kekuatan mental seperti Talentime.

Seperti juga buku dan majalah bercetak, filem adalah wasilah pengajaran, contoh dan hiburan dalam polar kehidupan kita hari ini. Bergantung kepada genre masing-masing, filem boleh – disamping berperanan memberi hiburan – mengangkat nama sesebuah negara di persada seni sejagat. Pendek kata, jika disuruh menyokong filem tempatan (selalunya apabila didesak oleh Tg. Iesta yang bertugas di Media Prima), saya adalah antara orang yang pertama berbaris untuk membeli tiket wayang!

Walau apa pun, terlebih dahulu saya menghulurkan kemaafan dalam bentuk prolog, sekiranya catatan saya minggu ini mencederakan hati sesiapa.

Dahulu, saya seorang yang pesimis apabila berbicara tentang filem tempatan. Apa tidaknya, kebanyakan filem di era 90-an didominasi kisah cinta picisan dan terlarang antara watak Watie dan Awie. Jika begitu rentaknya, fikir saya, tidak payahlah saya mendera diri ke panggung wayang. Bukan saya seorang yang kelat pendapat tentang cinta, tetapi sekiranya ingin membikin filem cinta, biarlah bermesej kental seperti yang ditulis oleh Habirurrahman El Shirazy. Kini, dengan lahirnya karya-karya yang disebut di atas, saya telah bertukar menjadi penyokong tegar filem tempatan dan Indonesia. Tetapi menyokong lain fitrahnya dengan melemparkan komentar. Hakikat tidak boleh disangkal dengan ulasan positif wartawan hiburan.

Sebenarnya komentari Santau ini telah saya derafkan semasa filem itu masih ditayangkan di layar perak. Namun, saya ralat sekiranya ulasan saya akan memberi dampak negatif kepada umum yang berniat untuk menonton filem itu di pawagam. Jadi sekarang, apabila filem itu sudah tidak dijadualkan lagi di pawagan-pawagam utama ibukota, barulah saya menghantar petikan ini kepada ketua pengarang untuk disiarkan.

Dan keseluruhan filem Santau, hakikatnya, tawar hambar dari perspektif kretiviti dan elemen seram. Kenapa saya berpendapat celupar sebegini? Enteng sahaja alasannya: Kalau anda sedang menonton filem seram tetapi seluruh pawagam ketawa berdekah-dekah, seolah-olah anda sedang menonton filem komedi, apakah natijah yang dapat disimpulkan tentang cerita yang kononnya yang paling seram buat masa ini? 

Memetik suntingan seorang kolumnis di akhbar New Straits Times, Chok Suat Lin,  filem seram negara boleh mengeluap logik di minda lebih cepat dari senapang bazooka. Antara adegan dan kelemahan filem Santau yang dikritik oleh kolumnis tersebut adalah: gerak bibir pelakon tidak sama dengan dialog (sungguh biasa); dua jiran yang tinggal sebelah-menyebelah, apabila berjumpa di majlis, menegur antara satu sama lain seolah-olah mereka sudah bertahun tidak bersua muka; dan watak bomoh yang kelihatan telah lama bersiap sedia untuk menghalau makhluk halus apabila dikunjungi oleh aktor Esma Danial yang membawa isterinya yang sedang dirasuk di tengah-tengah malam buta.

Kalau ‘hantu’ dikeluarkan selang 10 minit, bagaimana agaknya pengarah filem, Azhari Zain, boleh mengekalkan antisipasi dan rasa seram penonton? Selepas setengah jam filem diputarkan, naik kelakar pula melihat ‘hantu’ bawah katil yang asyik menyantau watak pendatang baru, Putri Mardiana, itu. Pendek kata, Santau sememangnya ‘menghiburkan’ hati saya dengan adegan-adegan seram tidak menjadi yang memancing rasa humor di dada . Alahai, filem Melayu…

Kutipan tiket lazimnya dijadikan kayu pengukur kejayaan sebuah filem tersebut, tak kira di Hollywood, Bollywood hatta di Malaysia sekali pun. Sebenarnya wujud banyak faktor yang mempengaruhi kutipan tiket – tidak semestinya filem yang mendapat kutipan tiket yang tinggi bermakna ianya filem yang bagus – sesebuah filem yang ditayangkan di layar perak itu. Musim cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum sepanjang bulan disember, yang berkebetulan pula dengan cuti sekolah, telah membuat nasib filem Santau lebih baik dari segi kutipan tiket berbanding dengan filem lain.

Pembikin filem di Malaysia harus ingat bukan wang di kantung sahaja yang perlu difikirkan. Bagi saya, setiap filem harus lengkap bukan sahaja dari sudut penataan cahaya dan bunyi, tetapi juga mesti merangkumi elemen kreativiti yang selaras dengan genre. Lebih molek lagi sekiranya filem tersebut direnjis dengan elemen-elemen sinis, kritikal, jenaka dan satira untuk dijadikan halwa telinga dan mata penonton.

  • Elviza sudah lama jatuh cinta dengan sastera dan filem. Sekiranya mampu, beliau bermimpi untuk menulis skrip sehebat filem Laskar Pelangi.

4 thoughts on “Filem Santau: Rengsa kreativiti dan hambar

  1. Kriteria yang diyatakan dalam perenggan terakhir untuk dicapai dalam pembikinan filem: kalaulah semua ni ditunaikan, filem seperti Santau akan berada di tangga kedua, belakang Avatar. Sudah tentu, untuk pasaran antarabangsa kenalah buat tajuk Bahasa Inggeris — apa ye, yang ada tarikan?..sebab, seperti jua buku, ia perlu membuat pembaca terfikir (ya, `ter’ dan bukan `ber’) beberapa saat (minima).

    Sebelum saya menyakitkan kepala secara percuma memikirkan tajuk tersebut, saya perlu sentuh tentang tajuk yang asal ini – `Santau’… bagi saya ini salah satu kesilapan penerbit – terlalu simple hingga menjurus ke arah `lekeh’. Tidak ada nilai komersial di sini.

    Bayangkan kalaulah filem Awie/Ziana Zain/Erra Fazirah dulu, diberi nama … Cinta. Mungkin akan tetap jadi `kotak pejabat’ – boxoffice:-) Tapi ada kemungkinan, sepatutnya collection RM6 juta dapat RM4 saja… betul tak kemungkinan ni? Jadi mengapa Santau tidak diberikan tajuk yang lebih `power’? Apakah tajuk yang `lebih power’?? Ooh, ini penerbit kena lantik consultant; biar dia fikirkan.

    Satu lagi cadangan/persoalan: Tidakkah penerbit menggunakan khidmat `test audience’ yang memberi feedback tentang filem tersebut? Mungkin ada, tapi orang-orang ini hanya banyak angguk kepala kata “Ada SIKIT kelemahan, TAPI KESELURUHAN AMAT BAIK!” Iyalah, kalau yang bagi pendapat tu sepupu pengarah, anak saudara penerbit, kawan jurugambar..memang ini `feedback’ yang akan didengar.

    Saya cadangkan, dari peringkat awal lagi, perlu dilantik beberapa orang professional (dengan bayaran consultancy yang berpatutan) yang akan menilai dengan critical DAN memberi cadangan apa yang perlu dibuat. Salah seorang ialah Elviza sendiri.. Erm, dan saya pun apa kurangnya;-)

    Kalaulah pengarah seorang yang pemikiran terbuka, yang mahu hasil yang terbaik, beliau akan membuat apa yang patut.. Dan bukan hanya mahu siapkan dengan cepat.

    Memandangkan ramai yang menganggap “unsur seram TERjadi lucu”, mengapa tidak buat yang drastik dengan mengubah filem supaya jadi begini, iaitu “filem berunsur seram-jenaka”? Bila teruskan jugak, ketawa penonton yang tidak dirancang itu adalah `minus’ yang memalukan, yang menjatuhkan nilai filem..Dan seterusnya reputation pengarah, pelakon dan yang terlibat. Ya, mereka semua tetap dapat upah..tapi bagaimana dengan kepuasan berjaya membuat kerja dengan baik serta reputation, yang akan menentukan saham individu untuk filem akan datang?

    Perlu ingat bahawa penonton sebenarnya inginkan HIBURAN dan KEPUASAN. Jadi, jika ada cara untuk memberikan ini kepada mereka, mengapakah penerbit dan pengarah tidak mahu lakukan?

    * Salam, Shakirah:-)

  2. salam satu malaysia.!
    satusalam yang mengundang seribu satu warkah yang lahir dari ideologi dan bukan dari nurani yang mewangi.
    terlalu banyak untuk diperkatakan,cukuplah sekadar menyatakan kita berada dilaluan yang benar dimana diakhir zaman (mellinium} maknusia berada dalam kekeliruan.kebenaran yang mengelirukan.

    mengapa bolih jadi begini? mengapa harus kita membenci pada salam satu malaysia? jawapan nya amat mudah, kerana kita MERASA kita seorang yang beriman. kita merasa islam kita tercabar dengan salam yang bukan dituntut.amat malang nasib bangsa melayu yang memang dah malang.
    cuba kita tanya diri kita adakah islam itu kuat kerana bangsa atau bangsa itu kuat kerana islam.sama tapi tak serupa.
    mukadimah yang mencemperakan bangsa melayu.

    minta maaflah , yang sebenarnya aku ingin memberi pendapat tentang seni .(setakat bolih baca,percaya ,jangan)
    dalam kekalutan ini aku rasa seni bolih menyatukan bangsa melayu dan dapat merealisasikan satu malaysia agar kita dapat terus hidup dalam harmoni.
    ” alah, cakap sonang, cubo buek (buat)” itu lah satu persoalan yang selalu timbul dalam pemikiran ku.
    mengelabah juga aku un tuk mencari jawapan nya.
    ” kito buek bondo yang sonang dulu, iaitu bercakap. kalau itu pun tak terbuek,
    baru bolih ujud perkataan mustahil.
    “mustahil melayu bolih bersatu selagi umno memerintah”
    . begitulah optimis nya mereka tentang takdir.
    takdir yang mereka cipta sendiri,hasil dari keimanan dan ketakwaan.

    aku bukan orang politik.apa yang aku perkatakan ini adalah mengenai para seniman,budayawan,karyawan,cendikiawan dan pada para semua sesawan.
    mereka seolah olah hilang pedoman,hilang arah,hilang rupa,hilang wajah….
    yang ada hanya kemarahan,,dendam yang membuak buak.
    kenapa bolih jadi begini? kerana keimanan mereka ? kerana kewarasan mereka? atau kerana keangkuhan mereka?

    bangsa melayu memerlukan mereka.bangsa melayu telah hilang wajahnya. tak kan melayu hilang didunia hanyalah mitos yang memilukan, yang ada hanya lah orang melayu. orang melayu yang terpinggir dengan idealogi yang merimaskan.

    wahai para seniman, apa itu seni? bukan mungkin tapi ramai para seniman tidak tahu apa itu seni dan fungsi yang sebenar seni pada masa kini.
    adakah para seniman kita masih lagi pada mentaliti melayu sebelum merdeka?

    sentuhan nurani. SE NI. Nurani ….citarasa yang menggambarkan keindahan ,kehalusan, ketenangan, malangnya,apa yang ditonjolkan adalah sebaliknya.
    jadi kalau begitu gambaran nya, mana mungkin mereka dapat melakar wajah melayu yang mungkin akan luput selama lamanya.

    seniman bolih menyokong tapi bukan memihak. itulah yang sepatutnya. gunakan kehalusan seni untuk melakar wajah bangsa melayu kembali. seniman mesti berkecuali, biarlah orang politik mengurus negara ini.
    masih ada ruang untuk kita bersatu melalui seni dan aku akan merealisasikan nya.insyaallah walau pun aku berseorangan tapi berkat doa yang sering dipanjatkan olih para para raja yang terdahulu, bangsa melayu akan berwajah kembali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s