Aminulrasyid: Melakari batas kuasa & sifat taksub

(Published in Sinar Harian. Click here for the online version)

15 TAHUN. Semasa saya berusia semuda itu, saya bersama enam sahabat rapat yang lain, sedang menjalani kehidupan separa ‘penjara’ di MRSM Kuala Terengganu. Jika direnung kembali, tiada masalah kompleks yang kami tanggung ketika itu.

Setiap petang, apabila ribut membawa hujan ke pesisir pantai Batu Rakit, kami bermain ‘bola selipar’ dengan suara setara bunyi petir di langit. Bila tertangkap, sudahnya tangan kami berbirat dan kebas dirotan warden, tapi seriknya belum tentu.

Meremang bulu roma apabila teringat musibat yang boleh berlaku, semasa saya bersama seorang rakan, cuba mencuri keluar dari kawasan asrama untuk keluar ke bandar Kuala Terengganu. Namun, ketika itu, kami tidak ambil peduli tentang akibat.

Darah remaja yang panas sering membuat saya dan rakan-rakan  dahagakan kebebasan dari cengkaman belenggu undang-undang sekolah berasrama penuh.

Tetapi nadi alam remaja adik Aminulrasyid Amzah (‘Aminulrasyid’) telah diramas dengan kejam.  Rampasan nyawa terhadap Aminulrasyid juga berbau busuk seperti bangkai tua, setidak-tidaknya di hidung saya, seorang ibu dan pemerhati kehidupan.

Sebelum kita mengembara jauh mengupas intipati pendapat tentang kejadian di malam jahanam untuk Aminulrasyid itu, saya juga teringat kes seorang pelajar kolej komuniti yang terjun dari tingkat 5 untuk bertemu ajal kerana lari dari operasi pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Selangor (‘JAIS’) di Selayang, beberapa minggu yang lalu.

Yang terkhilaf dan tersirat dalam kedua-dua kes tersebut hanya satu: Inilah jadinya apabila kita menerapkan perasaan takut – bukannya kesedaran dan tanggungjawab – dalam diri remaja dan anak-anak muda kita.

Dalam akal setahun jagung itu, fikir mereka, apabila berhadapan dengan penguatkuasa undang-undang, keputusan terbaik adalah untuk lari dan bukannya untuk berdepan dengan masalah. Bencana mungkin boleh dielakkan sekiranya mereka tidak lari.

Perasaan malu, bersalah dan takut yang dipupuk dalam diri mereka, akhirnya membawa padah. Apa yang mereka tidak arif dalam usia semuda itu, harga sebuah nyawa tidak pernah ada tolok bandingnya.

Masalah penerapan moral dan kesedaran itu tanggungjawab koletif kita bersama. Setakat konteks ini, kita semua ‘bersalah’ di atas kematian adik Aminulrasyid dan remaja berusia 21 tahun tersebut.

Apa yang lebih menggelegakkan marah dalam hati adalah kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Maaf, saya tidak bercakap dari perspektif mana-mana ahli politik. Saya orang biasa, oleh itu saya berasa skeptikal apabila ahli politik bercakap: bunyinya berdegar-degar, tetapi isinya belum tentu penuh.

Namun, apa yang ralat di hati ialah kenyataan yang keluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang bunyinya lebih kurang begini: “We’ll pull cops off the street if that’s what you want.” Natijah kenyataan itu, sekurang-kurangnya di telinga saya, kedengaran angkuh, taksub dan sinis.

Setahu saya yang masih kurang bijak ini, tugas menjaga keselamatan negara bukan perkara pilihan; bukan perkara yang boleh disorong atau ditarik kembali apabila rasa ‘merajuk’ atau geram singgah di hati.

Apa yang mereka lupa (atau buat-buat lupa), zaman ini, zaman serba pantas. Pada malam kejadian sahaja, saya sudah menerima kicauan di laman Twitter dari teman sekolah Aminulrasyid, adik Aiman Abdullah, tentang kematian beliau. Kepantasan teknologi maklumat dan kematangan rakyat Malaysia telah menjadikan mereka insan yang peka; yang sentiasa ingin bertanya.

Saya rasa setiap rakyat juga faham bahawa tiada sesiapa yang boleh mengganggu proses siasatan dan undang-undang. Tetapi, di samping itu juga, pihak berkuasa perlu ingat bahawa Artikel 19 The Universal Declaration of Human Rights telah menjamin hak setiap warga dunia untuk menyuarakan pendapat. Kuasa yang diberi kepada PDRM, hatta kuasa yang diberikan kepada sesiapapun, tidak boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia untuk bersuara

Oleh itu, izinkan saya menggunakan hak asasi saya untuk bersuara. Saya hanya ada satu soalan: wajarkah 20 das tembakan dilepaskan untuk memberhentikan sebuah kereta Proton Iswara, ketika nyawa anggota polis yang melepaskan das-das tembakan tersebut, tidak terancam sama sekali? Tidak semua persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat boleh ditermakan sebagai ‘spekulasi’ yang mengganggu proses siasatan.

Begitu juga dengan perangai atau telatah sesetengah pihak berkuasa agama yang taksub benar dengan watak sebagai ‘polis moral’. Bukan hukuman dan perasaan takut yang harus dipupuk dalam hati manusia. Kasih sayang, nasihat dan panduan, walaupun mungkin tidak nampak kesan dalam jangka masa singkat, tetap akan membuahkan hasil dalam jangkamasa panjang.

Pihak berkuasa juga perlu sedar, bahawa semua orang yang disyakki telah melakukan sabit kesalahan, berhak menjalani proses undang-undang di mahkamah. Dan anda tidak boleh beraja di mata, bersultan di hati dengan menjadi pihak berkuasa, pendakwaraya dan hakim pada masa yang sama!

Saya lantang mengkritik hari ini, bukan atas dasar kerana saya seorang peguam, tetapi kerana saya seorang ibu. Dan sekiranya anda bukan seorang ibu, anda tidak akan dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh ibu Aminulrasyid ketika ini.

Saya juga faham niat untuk mencegah sebelum mengubat perkara-perkara yang dilarang agama dan undang-undang. Tetapi, di mana batas kuasa anda? Kerana, setakat hari ini, garis itu masih samar dan berbalam di mata saya.

  • Elviza sentiasa mengharapkan cahaya rahmat, berkat dan selamat untuk  perjalanan anakanda Luqman yang baru menyambut hari lahir Isnin lalu.

14 thoughts on “Aminulrasyid: Melakari batas kuasa & sifat taksub

  1. Simple. Tidak menuding jari kepada sesiapa but so spot on. You are 1 in a million. Its your education and the job of your parents that made you able to think so objectively. If I saw them, I congratulate your parents. I hope my 16 year old would grow to be as big-hearted as you.

    Keep writing Elviza, keep saying what you think. In this cruel world, you hold true to your views. Syabas young lady.

  2. Saya dengar anda melayu. Kalau betul, anda seorang melayu yang berani. Tidak teragak-agak untuk menyatakan apa yang terasa di hati. Tahniah

  3. Baguslah you cakap Elviza..kalau kita yang bukan peguam cakap, takder yang nak peduli.
    At least you berbunyi dari sudut undang2 dan ..sudut seorang ibu.
    You have represented most of us who share the same sentiments..bukan sebab kita BN or PKR.
    Kita semua manusia sama. Kita SEMUA sayangkan anak2.
    Kita sanjung dah kagum dengan perkhidmatan dan pergorbanan anggota2 PDRM.
    Tapi, satu kesilapan telah berlaku. Itu adalah satu hakikat walaupun tidak di sengajakan.

  4. Saya amat menghargai komen/pandangan yg diberikan oleh anda. Menyuarakan pendapat dari naluri seorang ibu. Salute to you…

  5. “wajarkah 20 das tembakan dilepaskan untuk memberhentikan sebuah kereta Proton Iswara, ketika nyawa anggota polis yang melepaskan das-das tembakan tersebut, tidak terancam sama sekali? “

    Let’s also look at it from this angle: How many shots constitute `reasonable’ and `too many’?.. 5, 10, 19?

    And I beg to differ about the policemen’s lives “not being threatened at all” — what if they lost control of their vehicles? Or fail to avoid a lorry? They might also be thinking about others’ lives… the innocent bystanders who stand a real risk of being hit by any of the vehicles in the chase.

    Despite the hour, that was city road “with enough traffic”. Each second these vehicles move at high speed, there’s the risk of something ugly happening to someone uninvolved — one Securicor jaga might be on his way home on a 100 cc Honda Cup after a dull day struggling to support his family. Suddenly, he hears sirens from behind and sees headlight reflections…and one car clips his bike from behind and gets thrown off. It might be fatal… Consider that the police might be trying be trying to prevent such things from happening. Or, must a perpetrator’s safety and well-being be the prime consideration?

    When you drive today, look at the tyres of the Proton Iswara in front… from 10 metres or whatever, and at speed, how many shots do you think you’s need to hit the target? You’ll see how small the target is — the only people who can hit it with no more than 3 are Clint Eastwood and Chow Yuen Fatt. The shooter might have set it to automatic which lets off a burst; giving him a better chance that one might hit the tyre.

    But when it does get hit, based on the sparks, the car still sped on. The driver clearly didn’t want to be caught… “What had he done; what’s he hiding?? Must be something serious”, would be the logical though. So, he goes for the other tyre… and one shot’s trajectory was towards the driver. Whether intentional or not, we certainly don’t know.

    Imagine this possible scenario: it wasn’t Aminul and his friend but two people with eight convictions that include for violent crime. And they had just robbed a family, plus raped a woman inside, and were on their way for more of the same. This time, the police only gave chase and didn’t shoot because they weren’t 100% sure. The cretins got away. And committed another crime in another part of the city a couple of hours later.

    Only later do the police know about the deeds committed… and so do the media. Guess what the public would scream: “The police had guns… the car didn’t stop – WHY DIDN’T THEY SHOOT when there was just cause to do so?!…violent creatures were allowed to escape, and commit another crime! We can’t hope for the police to protect us, useless oafs!”

    The Aminul case is tragic, but if we are keen to place the blame on someone, let’s be fair and not look at the police only. This will be unpopular with some, but shouldn’t the car’s owner be held responsible too… for allowing it to be used by someone whom s/he knows didn’t have a license. This wouldn’t have happened had (1) Aminul didn’t have access to the car (2) Aminul had stopped. But he chose to take the risk to try shake off the police.

  6. Saya juga seorang ibu yang mempunyai anak berusia 15 tahun. Memang banyak cabaran di zaman ini untuk membesarkan anak-anak belasan tahun. Awal tahun ini, sewaktu saya berada di tempat kerja, pembantu rumah saya menalipon dalam keadaan panik bahawa anak saya telah memandu salah sebuah kereta yang tidak digunakan. Saya tidak pernah mengajar anak bagaimana untuk memandu.. Dia cuma belajar dari pengamatannya bila saya dan suami memandu.

    Apa yang saya lakukan bila balik kerumah adalah:-
    1- Anak saya tegur dgn keras dan dihukum (No mobile phone for a week)

    2- Menerangkan kesalahan yang dilakukan dari segi undang-undang iaitu memnadu tanpa license

    3- Menggambarkan apa yang boleh berlaku – accident, kerosakan kereta, cost terlibat, sendiri mati katak dan mungkin membunuh orang lain

    4- DAN MALAM ITU JUGA SAYA BAWA ANAK SAYA KE PONDOK POLIS BERDEKATAN DAN MEMINTA PEGAWAI POLIS MEMBERI KAUNSELING KEPADA ANAK SAYA.

    5- Selain itu, tanggung-jawab saya dan suami, kami memastikan kunci kereta-kereta yang tidak digunakan sewaktu kami bekerja di simpan dgn baik.

    Marilah kita sama-sama menjalankan tanggung jawab masing-masing sebagai individu, ibubapa, masyarakat. Hidup ini ada hukum dan aturannya. Allah ada undang-undang, alam ada undang-undang, nak berjaya pun ada undang-undangnya. Yang pasti sebagai rakyat kena bertanggung- jawab kerana Malaysia ada undang-undangnya. Amat malang sekali jika kita menggalakkan budaya melanggar undang-undang ini.

    takziah kepada keluarga aminulrasyid.. i understand your pain
    terima kasih kepada PDRM yang berusaha menjaga keselamatan, keamanan malah kesesak kan lalulintas

  7. ala, si polis – mengaku ajelah kadang-kadang korang buat silap. korang manusia what. korang pun panik gak macam arwah – tu hakikat. arwah memang buat silap – takdak lesen , korang plak silap – gelabah pastu tak tak terer tembak…sebab tu nak tembak tayar sampai 20 das.

    ngaku jelah TERsilap. toksah nak merajuk-rajuk…famili arwah kena mengaku cuai tak perasan arwah keluar bawak kereta bawah umur takdak lesen malam2 buta dan lak kena polis kena mengaku tembak tak ikut prosedur.

    lepas tu ambik iktibar dan move on everyone!! (and stop giving insulting-my-intelligence punya remark ketua polis oiiii!!

  8. It is frustrating, when someone who claims he knows what he is saying, do not have the knowledge and experience, yet insist he right. I believe one of the article in Human Right is the right of children to be cared by their perant! As a lawyer what is your comment? Do we have such law in the country. At least in Syariah there is the provision called `hak anak-anak’.

  9. aku rasa penulis blog ni hanya menyampaikan pandangan dari sudut seorang ibu. Pandangan itu tidak tepat kerana berteraskan emosi seorang ibu,, Cuba kita pandang perkara ni dari sudut orang biasa yg tidak mempunyai apa2 kepentingan, ..Tentang 20 das tembakan.. Takkan lah polis tu ada masa nak kira berapa bnyk yg dia dah tembak….aim dia cuma nk berhentikan kenderaan tu,, Aku rasa tangan dia tetiba tergerak ketika sedang menembak kerana kereta sedang dipandu laju ketika tu..Fikirkan lah, hanya kerana kejadian satu malam itu,, seluruh jasa2 dan penat lelah polis veteran tu sebelum ni, dilupakan begitu aje,,..Aku akui dia mungkin cuai..Tp, dah takdir…Bukan dia sengaja nk tembak kepala budak tu.. Apapun, masalah ni semuanya berpunca drpa institusi keluarga. Macamana ibu bapa dia boleh bgi anak 15 thun keluar lewat malam dan bawak kereta tanpa lesen….ni just pandangan aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s