Siapa kau, Melayu?

Aku benci dengan perang-perang rasisma, ciptaan politikus kurang cerdik, di media sekarang. Aku ada ramai kawan cina, india, benggali, kadazan, iban dan macam-macam lagi, aku sayang kat diorang, macam aku sayang kawan-kawan Melayu aku. Apa itu Melayu? Keturunan? Warna kulit? Hak-hak kamu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Atau sekadar gelaran semata-mata?

Puisi tua dari Usman Awang (yang sering juga dituduh sebagai pujangga rasis) ini selalu menyentuh rasa dalam dada. Dari aku muda, sehinggalah sekarang aku sudah berganjak ke alam dewasa (read: tua)

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu

Minangkabau memang Melayu

Keturunan Acheh adalah Melayu

Jakun dan Sakai asli Melayu

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua’alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

Sudahkah merdeka fikiran kita?

10 thoughts on “Siapa kau, Melayu?

  1. melayu bukan bangsa.

    melayu itu umpama “climate”. umpama winter di bahagian-bahagian eropah. kalau kita orang tropika ke sana kena la pakai baju tebal. kalau kita pakai baju macam kita pakai baju di daerah tropika, mati kesejukanlah kita nanti. begitu juga orang dari negeri sejuk kalau datang ke climate “melayu”, janganlah bawa budaya baju tebal. mati kepanasanlah nanti jawabnya.

    begitu juga “climate” india, “climate” china, “climate” afrika, “climate” timur tengah. ada “climate”nya masing-masing. apabila kita berhijrah, ikutlah resam, budaya “climate” tempat yang kita pindah itu, yang telah terbentuk tanpa kita sedari ratusan mungkin ribuan malah jutaan tahun mungkin.

    kalau hijrah ke “climate” melayu, kenalah assimilate “climate” melayu. kalau hijrah ke “climate” benua china, kenalah assimilate “climate” budaya benua china. (takkan lah kita berkeras nak pakai baju tebal di kawasan berbudaya tropika. itu bangang namanya.)

  2. I have read one too many blogs that thinks one race, one country is better or worse than the other. All because of the action of one man or one organisation – the rest of their man’s value is tarnished.
    Why can’t we see beyond that and punish only those or the one that did evil. Not punish his religion, his country and fellow countrymen that has done nothing. Peace. There should be more thinkers like you.

  3. Apa salahnya mengaku kita ni Melayu. Jijik ke? Malu ke? Melayu selalu lupa seperti kata Dr M. Memang betul kata2nya. Bangsa Melayu bangsa yang bertoleransi dan sanggup beralah kepada bangsa lain. Bangsa lain boleh hidup harmoni tanpa takut dan bimbang. Jangan kita Melayu malu untuk memperjuangkan apa yang hak. Kaum lain tidak perlu takut dan bimbang. Belum pernah hak mereka dinafikan. Bandingkan dengan proses asimilasi di negara jiran Indonesia. Mahukah kita laksanakan di sini? Wallahuallam bisawab.

  4. It’s nice to talk about this thing, i mean about racism..when this topic appears, then people can guess that, we are talking bout Malay community..i’m wondering, why, every time we discuss bout this topic, it’s all about Malay..i guess, u are also a Malay woman just like other Malay people but maybe, have been grown up in modern lifestyle. English?? enough!! i’m proud to be Malay and proud to talk in Malay.

    Sama mcm awk, sy mempunyai kawan daripada pelbagai jenis kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Bugis, Iban, Sino, dan sebagainya..termasuk orang Asli. Tapi tak bermakna, sy berkompromi dengan bangsa saya sendiri disebabkan, sepanjang pergaulan sy dengan rakan daripada pelbagai kaum, tidak pernah sy dengar, mereka merendahkan bangsa mereka sendiri sebaliknya, berbangga dan bersifat perkauman yang lebih kuat daripada bangsa Melayu.

    Bekerja disebuah syarikat Multinasional di Penang, membuatkan sy tidak mahu tidak, terpaksa bersikap agak perkauman apabila berhadapan dengan masyarakat kauvenis cina di Pulau Pinang. Boleh dikatakan, mereka lebih dasyat perkauman daripada bangsa Melayu tetapi, kenapa tidak ada seorg pun yang nak berbicara berkaitan dengan sikap perkauman bangsa Cina?? Tetapi, sikap kauvenis di Selangor tidak begitu ketara..kerana???? cari jwpn sendiri…

    untuk sedari penulis, kerana keberanian saudari untuk membincangkan isu Melayu di blog sedari, sy mencabar untuk sedari, jadi seorg ‘typical Malay woman’, dan kemudian buat kajian berkaitan perkauman di Pulau Pinang, dan wujudkan topik berkaitan bangsa Cina. Jika nak betul-betul rasa apa yang masyarakat Melayu biasa, bukan dari puak liberal dan sekular rasa dan berpemikiran seperti mereka, ambil cuti, cuba untuk bekerja di Pulau Pinang. Pakai tudung, jadi perempuan kampung, cuba la kerja disana..dan yang paling penting, jgn tunjuk yang anda Melayu liberal..itu sahaja. Awk akan dapat jawapan…malah, untuk mendapatkan jwtn penting, bahasa Mandarin diutamakan..bukankah itu bersikap perkauman??

    sy berminat untuk mendapatkan email sedari bg membolehkan sy dan sedari, dpt berborak dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu..

    Assalamualaikum..

  5. ‘i would like to know the truth????’…

    kebenarannya ialah, bangsa Melayu yang ditindas dek sikap perkauman..tu yg berlaku di Pulau Pinang.

    Melayu pandai, mmpu jadi bangsa yang maju tp sebab ditindas, itu yang buatkan, Melayu, terutama di Pulau Pinang, mundur.. itu kenyataan!!! tak perlu nak disorok dan sy sangat bengang dengan orang Melayu yang banggakan Cina tp tidak bangga dengan bangsa sendiri.

  6. not even a malaysian. but even i can see that all races in malaysia are racist. the chinese and indians are just as racist if not more so. if u love yr chinese and indian friends so much, why is it that they love u less? i think u are very naive. this was a silly post.

  7. Pingback: Nakalnya Bersulam Jenaka « The Silent Room

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s